Friday, November 29, 2013

Pulut kunyit sebagai persembahan majlis doa selamat tempahan dari mama Nisa untuk jabatannya.

Assalamualaikum...hari ini awal2 pagi yakni selepas subuh kak chah dah masuk kedapur nak siapkan kueh Talam Durian,Talam Pulut Hitam Manis dan Tako tempahan Puan Normah utk majlis tahlil petang nanti.
Alhamdulillah semua tempahan siap bagai dirancangkan. Inilah hasilnya. Pada sesiapa yg teringin nak rasa boleh lah call kak chah untuk tempahan..he..he..promo kejap. Jom kita gi hantar..

Friday, November 22, 2013

19.11.13 Hari ulang tahun anak kak chah yg ke 4. Kek ni kak chah dah buat awal dgn harapan nak suprise pd dia nak bagi bwk sekolah sbb kesian birtday day x pernah boleh bwk ke cuti sekolah. Terlampau nak buat kejut last2 kak chah yg terkerjut dia x nak gi sekolah sbb ramai yg x nak sekolah..apa lagi kena gelak je dgn anak2 dgn rasa kecewa masukkan terus dlm peti ais. Kecewanya dah le buat cepat2 tak dan nak deco lawa2.
Pd 19 tu kami bwak dia gi makan di HOMSTSajana impian utk sambut. Selamat hari jadi kakak!!!

Thursday, November 14, 2013

Hari kak chah siapkan tempahan dari sikecil Widad, tempahan ni lambat kak chah terima dengan impian mewah sikecil. Kak chah lalau boleh nal puaskan hati sikecil nasob baik uda ada dengan bantuan dan sentuhan Uda terhasillah kek yg comel ni. Sikecil sgt berpuashati. Itu je impian kak chah siaplah kek

Hari ni kak chah siap kek Hello Kitty untuk sikecil, tempahan lewat, tapi mewah dengan impian. Mujur Uda anak kak chah ada dengan sentuhannya tertunailah impian sikecil. Alhamdulillah sikecil sangat gembira. Bahagia rasanya dpt memenuhi kehendak sikecil.

Tuesday, November 5, 2013

Salam Maal Hijrah pada semua. Sepanjang hari kak chah menghabiskan masa bersama kek untuk anak buah kak ni Humairah. Kejap-kejap dia desak abah dia bawak kerumah kak sbb nak tengok kek dan nak pastikan kak siapkan kek dia. Kesian dia beberapa kali ulang pun kak x dapt siapkan sebab semalam anak bongsu kak chah bawak latihan nasysid dirumah,jadi kak chah masak2 bagi dia makan.
Kek ni siap pukul 12.30 malam itu pun dengan bantuan Uda anak kak chah no 3. Tq uda. Pagi ni...Humarah datang apa lagi.....menjerit suka, asyik cakap terima kasih maklang!! tak henti2. Seronoknya rasa dapat memenuhi impian kanak2.

Wednesday, October 30, 2013

Kek bunga matahari idea dari Puan Azizah untuk dihadiahkan pd rakan sepejabatnya. Bila dah siap ramai pulak yang suka. Terima kasih Nor.

Assalamualaikum...selamat pagi. Hari ni kak chah dapat update pagi2 sebab hubby kak drive dari duduk saja2 baik kak chah buat keje2 yg selalu ditangguhkan. Semalam kak chah siapkan kek anak Puan zurairah. Kek ni hasil idea kak cik anak kak yang no 4 nampak simplekan?? tapi sangat disukai oleh anak2 dan anak saudara yg lain. Harap2 anak Puan Zu suka.

Friday, October 25, 2013

Thursday, October 24, 2013

Kek padang bola

Kek ni tempahan dari Pn.Rohaida. Puas fikir nak bagi pelanggan kak ni puas hati. Akhirnya terhasillah kek padang bola dengan gambar Fahrul Amry 6 th. Harapan kak Haida dan anak suka dan berpuas hati. Dalam kul 9am terima sms dari Haida "kak tercapai impian saya

Tuesday, October 15, 2013

Kek coklat,blueberry dan cake butter

Kek ni..tempahan dari Pn.Nita..Nita mesra suka bia berjumpa dgn Nita. Nita tempah kek utk anak sedaranya. Tq Nita.

Sunday, October 13, 2013

Kek Birthday. Red Velvet

Kek untuk ' Pesta Futsal KTMB -RTM 2013' Disamping meraikan birthday staf yg kebetulannya jatuh pd tarikh tersebut. Harap senua yg terlibat enjoy dgn program tu...Apa yg penting kita enjoy!!!!

Kek mickey mouse

Kek Mickey Mouse tempahan dari En.Azril utk rakannya Cik Azreen. Permintaan En.Azril mintak kek butter yg byk kekacang dlm tu...Apa lagi kak chah masukkan walnut, badam dan Hazelnut yg byk. Harap apa yg kak persembahkan disukai oleh cik Azreen. Walaubagaimana pun tq pd yg sudi menempah kek kak chah.

Kek Birthday Padang Bola

Kek Padang Bola ni tempahan dari Cikgu sekolah Taman Maluri utk birthday anak tunggalnya. Suka dia tengok bola dan org2 diatas kek tu. Besar2an majlis cikgu hari tu..

Kek edble image

Kek Upin & Ipin, tempahan dari Staff Ktmb utk birthday anak buah dia. Kek coklat kegemaran keluarga ni. Hari ini pulak byk tempahan yg nak disiapkan tapi alhamdulillah senua berjalan lancar. Tuan empunya kek sangat suka bila tengok gambar dia diatas kek. Alhamdulillah hanya itu yg kak chah mahu.

Kek hantaran

Kek hantaran bentuk topi permintaan dari Ustazah Mai. Ustazah Mai merupakan pelanggan tetap kak chah. Terima kasih Ustazah.